Alvin Tan 'Berjanggut' Tunggu IGP

 KUALA LUMPUR 14 Okt - Blogger seks Alvin Tan sekali lagi mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menangkap beliau ekoran dakwaan melibatkan Akta Hasutan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Alvin menerusi akaun Facebook beliau berkata, beliau sudah letih menunggu Khalid untuk menahan beliau yang kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Masih menunggu IGP untuk datang dan menahan saya di Hollywood, Los Angeles..

"IGP cakap besar je.. Kononnya nak cari sampai ke lubang cacing. Oi, IGP bodoh. Datanglah tangkap saya. Dah tua berjanggut putoh saya tunggu," katanya.Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee sebelum ini bertindak biadap dengan memuatnaik gambar untuk memalukan pemimpin negara di laman Facebook miliknya.

Khalid sementara itu menegaskan akan mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menahan dan membawa pulang Alvin bagi tindakan lanjut.

"Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," kata Khalid.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana