Agenda Liberalisme Untuk Meliberalkan Hukum-Hukum Islam Meniup Api Kemarahan Umat Islam.

INGATAN Kepada Penganjur: Jangan Cabar Umat Islam! Jangan Minta Bala Sebelum Hari Kiamat? Kalau Kamu Murtad Jangan Bawa Orang Lain Bersama Terjebak Dengan Kejahilan & Kemurtadtan?

Setelah Kalimah Allah dibenar guna pakai oleh Kristian di Gereja seluruh Selangor, isu menyokong LGBT dan Comango, diikuti pula Pesta Arak OctoberFest?

Tiba-tiba umat islam di Malaysia dikejutkan pula dengan satu program gila yang dinamakan "I Want To Touch a Dog' atau dikenali dengan 'Kempen Sentuh Anjing' telah dianjurkan oleh individu bernama Syed Azmi AlHabsi di Central Park Bandar Utama pada 19 Oktober.

Menurut sumber-sumber yang sedang viral di media sosial, Syed Azmi Al Habshi dan peserta-peserta “I want to touch a dog” kononnya merupakan manusia murtad yang kini menganut agama Kristian? Siapa pun dia manusia yang Biadap dan Jahil ini, tidak sepatutnya menggunakan nama orang islam, membawa pengikut-pengikut yang berimej dan berugama islam untuk turun meraikan pesta yang sudah menjadi 'Cium dan Pegang Anjing'?

Sumber dari JAKIM mengatakan acara ini 'tidak menepati objektif program yang dibenarkan? Pihak MAIS dan JAIS perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka ini yang dilihat cuba mengelirukan umat Islam.

Walau bagaimana pun tindakan kumpulan yang berselindung disebalik nama NGO ini telah mendapat maklum balas yang cukup negatif. Rata-rata rakyat Malaysia yang beragama Islam tanpa mengira parti telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan ini.

Terdapat pelbagai aktiviti lain yang lebih bermanfaat boleh dilakukan umat Islam berbanding memegang anjing tanpa alasan kukuh. Kempen sentuh anjing dianjurkan kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan.

Hakikatnya kempen tersebut merupakan ‘jarum halus’ bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara kita. Kempen anjing anjuran Ngo yang mengapat sokongan dari Ahli Parlimen, Lembah Pantai, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin dari Dap dan Pkr ini tidak lain tidak bukan merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

Hari ini 22 Oktober - Ngo Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah MJMM yang di ketuai oleh Presidennya, merangkap Pengerusi Gabungan Gerak Kerja Ayahanda2 Selangor (GEGAS) dan Ngo Gabungan seperti IRRIM, GEGAS membuat satu Repot Polis, di Ibu Pejabat Polis Daerah, Petaling Jaya, Selangor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana