ADA CUBAAN SINGKIRKAN PAS DARI PAKATAN

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendedahkan terdapat komplot di antara pemimpin PKR dan DAP bagi menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat (PR).

Mohd Zuhdi berkata, perkara tersebut dapat dilihat dengan jelas apabila banyak kenyataan daripada pemimpin dua parti tersebut sejak kebelakangan ini menjurus kepada kejatuhan PAS.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut membuktikan DAP dan PKR mempunyai agenda tersendiri bagi menolak kerjasama PAS dalam PR.

“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.

“Malah, pengurangan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor (oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali) juga tindakan provokasi supaya Pas memikirkan semula masa depan dengan PR,” katanya dipetik menerusi Sinar Harian.

Tambah Zuhdi lagi, dengan kenyataan beberapa pemimpin PAS yang mengritik tindakan DAP dan PKR terhadap pergolakan dalam PR khususnya dalam isu krisis di Selangor menyebabkan mereka terancam dan mula membenci parti berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang menyifatkan PAS seolah-olah menjadi mangsa buli dalam PR, Mohd Zuhdi menyifatkan perkara tersebut berlaku disebabkan sikap parti itu yang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan dalam sesuatu isu berkaiatan kerjasama mereka dalam pakatan.

“Dalam isu Menteri Besar Selangor, Pas hendak jaga hati perlbagai pihak, termasuk kakitangan Kerajaan Selangor dan rakyat Selangor, yang memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan (buat keputusan) semata-mata (berdasarkan) rakan dalam PR.

“Kita tidak mahu gelojoh dalam buat keputusan. Mereka (DAP dan PKR) mahu keputusan yang cepat dengan bagi kata dua kepada kita selain tidak beri ruang yang luas untuk berbincang dalam PR,” katanya lagi.

Sementara itu, Zuhdi turut menyelar tindakan pemimpin PKR dan DAP yang dilihat bersikap pentingkan diri dalam memaksa PAS membuat keputusan mengikut persetujuan bersama yang dilihat memberi kelebihan kepada dua rakan parti di dalam PR.

Justeru itu, dia berharap agar kesemua ahli PAS supaya patuh terhadap sebarang arahan dan keputusan yang dibuat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memastikan perjuangan PAS tidak tersasar.

“Pas perlu ikut apa yang ditegaskan oleh presiden (Pas). Dalam ucapan semasa Muktamar Tahunan Pas ke-60 (baru-baru ini), Abdul Hadi telah buat satu penegasan bahawa Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam PR.

“Apa yang Pas mahukan sekarang adalah persefahaman dan kerjasama yang baik daripada rakan kita dalam PR. Keluhan hati kecil saya, Pas perlu bina kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada sokongan parti lain,” kata Mohd Zuhdi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana