32 jam hanyut...Alhamdulilah Selamat

CB204 yang diketuai Leftenan Azri Bakar itu berjaya dihubungi kira-kira 3 petang hari ini selepas terputus hubungan 11.15 pagi semalam yang dikesan berada di kedudukan kira-kira 30 batu nautika dari Pulau Layang-layang.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, tujuh kru CB204 berada dalam keadaan selamat, namun mereka kelaparan berikutan kehabisan bekalan makanan.“KD Ganas sedang merapatinya. Namun, keadaan laut yang bergelora 'state 4' (tahap empat) menyukarkan," katanya melalui akaun Twitter.


Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Menurutnya, ia belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring berkenaan pada 11.15 pagi.

Posisi terakhir bot tempur berkenaan di kedudukan 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.

Gerakan mencari dan menyelamat CB204 membabitkan enam kapal dan tiga pesawat TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Turut bersama Lt Azri di atas CB204 ialah BK PAP, Charles Christopher ak Muni; BM TMK, Ince ak Evin; BM TMK, Steven Hudson ak Miso; BM JTP, Nor Azuan Ariffin; LK KOM, Sulhajji Daah dan LK I PAP, Mohd Azhry Maani.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana