Video Panasss....Anwar Ibrahim Dikritik Perwakilan Pemuda PAS


Sambil membela Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perwakilan Pemuda PAS Kelantan, Norazaliza Mohd Alwi mengkritik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nur Azariza berkata keputusan dibuat Abdul Hadi sejak kebelakangan ini berkaitan isu krisis Selangor adalah disebabkan reaksi kepada beberapa keputusan Anwar yang membelakangkan konsensus Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Tok Guru Haji Hadi membuat keputusan yang kita katakan bersifat peribadi..kita tidak tahu Tok Guru (Hadi) kenal Anwar berpuluh tahun daripada kita.

“Tok Guru Haji Hadi, dia sudah terlalu banyak kecil hati dengan Anwar Ibrahim. Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa perkara yang tidak mendapat konsesus Pakatan Rakyat.

“Mengumumkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak adakah mendapat konsesus Pakatan Rakyat. Mengumumkan Timbalan Perdana Menteri daripada bukan Melayu, adakah mendapat konsesus Pakatan Rakyat. Mengumumkan ‘Langkah Kajang’ adakah mendapat konsesus Pakatan Rakyat.

“Reaksi yang dibuat oleh Tok Guru Hadi Awang, Presiden kita adalah hasil yang dibuat oleh pihak rakan kita,” katanya ketika membahaskan membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor.

Manakala, perwakilan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim dilaporkan Antarapos pula mempertikaikan polisi ‘politik budiman’ yang digagaskan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang dilihat hanya diamalkan untuk menjaga hubungan kepimpinan dalam PR sahaja.

“Kita bimbang jika PAS sahaja bersikap budiman, tetapi rakan-rakan lain tidak berbuat demikian. Ketua kita telah menunjukkan betapa budimannya beliau, tetapi Ketua AMK langsung tidak budiman.

“Apa budi yang beliau buat dengan bertemu dengan Presiden sedangkan beliau melontarkan kata-kata nista yang mengguris perasaan Pemuda PAS?

“Saya berharap Ketua Pemuda (Suhaizan) lihat hal ini ke depan, kami menunggu kenyataan rasmi daripada beliau sebagai mendokong kenyataan Presiden PAS.

“Saya ingin ulangi bahawa saya bukan bercakap atas kapasiti Presiden, tapi ini juga yang akan kita ucapkan jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup sekiranya beliau diazab seperti ini,” ujarnya sambil menerima sorakan para perwakilan.

Nik Nazmi ketika mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi bersama Suhaizan dan Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong minggu lalu menolak cadangan presiden PAS itu supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Nazmi menyifatkan pendirian Presiden PAS itu sebagai di luar kerangka Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan sokongan majoriti DUN Selangor.

Perwakilan PAS Terengganu itu juga mengharapkan Suhaizan tidak terlalu berbudiman bersama rakan dalam PR sehingga meminggirkan Presiden PAS.

“Saya harap ketua Pemuda PAS melihat ke depan, dalam keadaan kita fikir budiman ini, tiba-tiba kita tidak budiman dengan presiden sendiri.

“Saya menunggu kenyataan rasmi ketua Pemuda untuk mendukung kenyataan presiden secara terbuka,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana