VIDEO: CERAMAH HADI TIADA SAMBUTAN


Tumpat – Ceramah sulong Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang diadakan malam tadi di Unit Peti Undi (UPU) PAS Kg Simpangan gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Dianggarkan hanya sekitar 30 sahaja yang hadir untuk mendengar amanat pilihanraya yang ingin disampaikan oleh bekas menteri besar Terengganui itu.Hadi ketika menyentuh isu ciri-ciri kepimpinan dalam ceramahnya turut dilihat seperti memperlekehkan orang bukan Islam apabila berkata mereka yang menerima sumbangan dari kerajaan negeri akan menggunakan wang tersebut untuk membeli babi berbanding masyarakat Islam.

Mungkin kerana sambutan yang mengecewakan itu, Hadi hanya berceramah tidak sampai 20 minit sebelum memaklumkan terpaksa mengundurkan diri atas alasan terpaksa menghadiri ceramah di tempat lain.



Malah Hadi juga enggan melayan sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh pihak media berhubung dakwaan yang mendakwa beliau bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sebagai jalan penyelesaian krisis pentadbiran yang melanda itu.

Ceramah pilihanraya yang diadakan itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana