Ujian Poligraf Mampu Tangani Gejala Rasuah Penguatkuasa

KUALA LUMPUR: Penggunaan alat poligraf, sebuah alat pengesan pembohongan secara berkala dilihat mampu menangani isu penyelewengan, penipuan dan rasuah membabitkan anggota penguatkuasa di negara ini.

Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata ujian poligraf yang mampu menghasilkan keputusan 98 peratus tepat itu juga dapat menuntut keadilan terhadap mereka yang teraniaya.

"Ia amat berguna dan berkesan dalam menentukan keputusan siasatan bagi mendapatkan bukti yang diperlukan, bahkan hasil siasatan juga boleh diselesaikan dengan cepat dan tidak mengambil masa yang lama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai petugas penguatkuasa yang didakwa terbabit dalam gejala rasuah, sejak kebelakangan ini.

Pada 24 September lepas, seramai 15 kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan reman selama lima hari lagi sehingga Isnin depan.

Reman tersebut berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai Kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.

Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

"KDRM ada menggunakannya (alat ini) tetapi tidak secara menyeluruh, dengan adannya ujian ini pegawai dan anggota akan merasa gentar dan niat untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik akan terbatal," katanya.

"Selain itu mereka juga tidak digalakkan terlalu rapat dengan klien kerana dikhuatiri seseorang pegawai itu akan mengambil kesempatan dan terjebak dengan rasuah.

"Sebagai contoh, setiap tiga atau lima tahun sekali mereka perlu bertukar tempat perkhidmatan yang baharu secara tidak langsung kejadian rasuah dapat dikurangkan,"katanya.

Anggota pihak berkuasa juga perlu dihantar menghadiri kursus khas dari semasa ke semasa berkaitan rasuah dan implikasinya terhadap rakyat dan negara, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana