Tony Pua Hina Hadi Awang : 'Dah Nyanyuk ke?'..Sedarlah Wahai Ahli PAS

KUALA LUMPUR 22 Sept - Tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengkritik keputusan PKR dalam mencalonkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor terus mendapat kecaman dari pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Terbaru, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mempersoalkan ucapan penggulungan Abdul Hadi pada Muktamar Tahunan PAS ke 60 Sabtu lalu.

"Dah nyanyuk ke?," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menerusi laman facebooknya merujuk laporan The Malay Mail Online bertajuk Hadi says snubbed Dr Wan Azizah to Avoid dragging PAS members 'to hell'.
Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya mendakwa, beliau tidak bersedia membawa ahli PAS ke neraka jahanam untuk tunduk dengan keputusan PKR berhubung jawatan Menteri Besar Selangor.

"Kita ada hukum syarak, jangan ikut hukum akal sahaja. Kita ada Sultan yang juga ketua agama kita. Kita harus ikut itu.

“Kita kena pilih pemimpin berdasarkan kelayakan bukan disebabkan kecenderungan.

“Adakah saya bersedia nak bawa ahli PAS ke neraka jahanam? Jangan pandang rendah… nak bagi begitu saja jawatan itu,” katanya.

Abdul Hadi turut mengingatkan PR bahawa tiada perjanjian secara bertulis antara parti dalam pakatan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak mutlak PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana