Terima Kasih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi..!!

Saya Bukan Bersikap Perkauman

PARIT — “Saya bukan bersikap perkauman atau menghalang hak bangsa lain tetapi cuma mahu menegakkan keistimewaan hak Melayu” itu kata kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang di lihat lantang bersuara memperjuangkan empat teras utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Empat teras yang diperjuangkan itu ialah Islam sebagai agama Persekutuan, Sultan sebagai raja berpelembagaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan kepada orang Melayu.

“Mereka (kaum lain) mahu kesamarataan dan apa yang kita mahu lakukan adalah kesaksamaan. Kenapa hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dipertikaikan. Adakah jika kita mempertahankan hak kita, kita dipandang perkauman”. beliau berkata ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit 2014 hari ini.

“Kita mempertahankan hak kita dengan tidak menafikan hak kaum lain tetapi jangan cuba menggugat hak orang Melayu,” kata beliau.

Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh di Terengganu semalam telah mengingatkan agar tiada mana mana pihak cuba mengganggu empat teras utama yang menjadi tonggak perundangan negara.

Beliau turut berkata pada masa kini, terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat teras itu apabila melihat orang Melayu mula berpecah.

“Cukuplah bertelagah tidak kira di dalam Umno, PAS atau Parti Keadilan Rakyat. Kita sebagai orang Melayu perlu bersatu untuk sama-sama mempertahankan empat perkara ini kerana ia tidak ternilai harganya dan kita tidak mahu ia dihapuskan daripada Perlembagaan”.

Beliau turut meminta anggota Umno supaya jangan terus bersengketa sebaliknya berusaha mengambil langkah mempererat hubungan demi membantu kerajaan membela rakyat.

Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan mana mana pihak yang cuba untuk mempertikaikan empat teras itu boleh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana