Tentera US Jalani Latihan Di Pantai Timur Negara...DiSahkan Oleh ATM

KUALA LUMPUR 12 Sept - Rakyat diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kehadiran sepasukan Tentara United States Army Pacific Command (USARPAC), di negeri Pantai Timur negara terutama di Kelantan dan Terengganu.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi kenyataan akhbarnya menjelaskan kehadiran tetera USARPAC bagi menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/14 di Kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.

"Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Bridget di bawah naungan Markas 2 Divisyen.

"Pada tahun ini oa dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Batuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir," katanya.

Jelas TDM, latihan yang bermula 13 hingga 26 September ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah negara serta memberi pendedajan kepada prosedur operasi medan di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana