Tegur Ulama: Sallehuddin pertahan Mat Sabu...Apa Tidaknya Satu Geng

KOTA TINGGI: Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayob mempertahankan timbalan presiden parti Mohamad Sabu sebagai memberi teguran membina terhadap pemimpin ulama parti itu jika PAS ingin terus relevan kepada rakyat Malaysia.

"Saya telah membaca temubual Mat Sabu bersama Malaysiakini. Beliau menyatakan tentang kewibawaan ulama yang mesti melihat mengenai faktor-faktor di sekeliling sekiranya PAS mahu maju ke hadapan," kata beliau.

"Beliau (Mat Sabu) mahu ulama terus relevan dan tak boleh menafikan perkembangan semasa yang berlaku. Malah kepimpinan ulama harus terus mengambil nilai-nilai tambah yang perlu untuk memastikan keberkesanan kepimpinan ulama pada masa akan datang," kata Sallehuddin kepada pemberita.

Dalam temubual itu Mat Sabu berkata PAS tidak harus terlalu mencanang 'imej keislaman' secara melampau kerana dibimbangi tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menggesa parti itu kembali memperjuangkan keadilan sosial sebagai terus utama.

Dalam pada itu Sallehudin juga menyambut baik teguran Pemuda PAS bahawa parti itu tidak ada mekanisma berkesan untuk menangani krisis dalaman.

"Pada saya itu teguran yang membina daripada Pemuda. Mereka harus berani memberikan teguran mereka kepada pucuk pimpinan.

"PAS Pusat harus terima dengan baik dan terbuka tentang apa jua kritikan dari mana-mana Dewan, termasuklah yang paling perwakilan tunggu adalah teguran atau kritikan daripada Dewan Pemuda," ujarnya yang ditemui selepas perasmian Muktamar Pemuda PAS kali ke-55 di sini, petang tadi.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di dalam ucaptamanya menggesa parti itu mewujudkan mekanisme sesuai bagi menyelesaikan perbalahan dalaman yang dilihat semakin meretakkan hubungan antara pemimpin ulama dan profesional di dalam parti Islam itu.

Beliau mahu Majlis Syura diperteguhkan bagi memastikan parti itu tidak terbabas daripada landasan syarak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana