Sultan Sifatkan DAP Dan PKR Biadap

SHAH ALAM 8 Sept - Tindakan PKR dan DAP enggan mengemukakan lebih dari satu calon menteri besar untuk pertimbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idirs Shah disifatkan sebagai biadap.

Istana menerusi kenyataan Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir berkata, hanya PAS yang akur dengan perintah Sultan dengan menyenaraikan tiga nama calon.

"Sultan Selangor berasa amat dikacita di atas tindakan DAP dan Keadilan yang ingkar dengan terhadap titah baginda pada 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas DAP dan PKR hanya mengutarakan nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal untuk pertimbangan Sultan bagi jawatan menteri besar.

Sultan sebelum ini menitahkan setiap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan lebih dari dua nama calon menteri besar untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Ini adalah bagi membolehkan baginda membuat pilihan terhdap bakal Menteri Besar Selangor dengan melihat bukan sahaja sokongan Agli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.

"Ciri-ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat," kata Mohamad Munir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana