SULTAN SELANGOR MURKA!! KERUSI MB BUKAN MILIK PKR & DAP!!


KENYATAAN media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Selangor menunjukkan yang Sultan Selangor benar-benar dukacita dengan tindakan PKR & DAP yang hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Walaupun telah memberi tempoh tambahan 48jam untuk menghantar nama lain sebagai calon MB yang sesuai, namun mereka masih lagi ingkar dengan arahan Sultan.

Namun tidak bagi PAS yang telah menghantar nama calon dari barisan Exco PAS sendiri yang terdiri daripada Iskandar Samad, Yunus Hairi, dan Sallehen Mukhyi.

Dalam kenyataan media Sultan juga ada menyebut yang baginda boleh juga melantik MB daripada bukan parti pakatan pembangkang.

JENG...JENG...JENG...

Nampaknya pakatan memang betul-betul dah tak berpakat.

Apa yang aku nampak sekarang, untuk menjadi MB perlu mendapat sokongan majoriti dewan. PAS menghantar 3 nama calon yang memenuhi syarat untuk menjadi MB.

Aku juga percaya, yang Sultan pasti akan memilih calon daripada PAS sebagai pengganti Khalid Gagap.

Sayonara Wan Azizah!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana