Siasat dakwaan sabotaj pada Mat Sabu - Perwakilan Kuala Krai...Ini Tandanya Ahlinya Naik Menyampah

BATU PAHAT: Perwakilan Kuala Krai, Zulkifli Yaakob menggesa PAS menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat sama ada wujud unsur sabotaj terhadap Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sewaktu pemimpin itu merasmikan Muktamar Pemuda, Selasa lalu.

Beliau yang mencuri tumpuan dewan kerana ditegur kerana 'membawa usul' sewaktu membahaskan penyata dan laporan tahunan muktamar berkata, cadangan itu perlu dipertimbangkan agar setiap ahli diajar untuk lebih menghormati pemimpin.

"Jangan kerana sampai benda sedikit kita bangun tinggalkan dewan masa timbalan presiden berucap.

"Saya mohon perkara ini disiasat jika betul ada sabotaj. Ada jawatankuasa ditubuhkan untuk siasat, kalau betul sabotaj, ambil tindakan. Ada kata (alasan keluar dewan) pergi ambil wudhu.. Amboi alimnya.

"Saya cakap bukan ada kepentingan dengan Mat Sabu.. Tapi beliau juga pemimpin kita," katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan lain.

Malah Zulkifli dalam pada itu turut membidas sesetengah ahli yang membezakan sokongan terhadap pemimpin sehingga seolah kelihatan PAS mempunyai pasukan Hadi dan pasukan Mat Sabu.

"Kalau sokong presiden, buat apa kalut? Tak perlu tulis di baju 'Kami bersama Presiden', 'Kami bersama Majlis Syura Ulama'. Sokongan tak perlu tulisan," katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 50 perwakilan Pemuda PAS bangun meninggalkan dewan sebaik saja Mat Sabu naik ke pentas untuk memberi ucapan perasmian sayap berkenaan beberapa hari lalu.

Tindakan pihak pro-ulama, yang berunsur protes itu jelas mendedahkan kepada umum bahawa sebilangan ahli nyata tidak bersetuju dengan Mat Sabu ekoran kenyataannya yang menentang Hadi berhubung kemelut Menteri Besar Selangor.

Mat Sabu dan beberapa pimpinan lain bagaimanapun menafikan perkara tersebut sebagai satu protes.

Perwakilan Hulu Langat dalam pada itu turut mencuri masa perbahasan laporan tahunan untuk menggesa PAS agar memberi penjelasan berhubung hierarki kuasa antara Majlis Syura Ulama dengan muktamar untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli parti.

"Perjelaskan adakah muktamar atau majlis syura yang paling tinggi. Keputusan manakah yang lebih tinggi. Sebab ada kekeliruan.. Ada yang mengatakan majlis syura dah over lap tanggungjawab jawatankuasa PAS Pusat," ujarnya yang turut mendapat teguran Pengerusi Tetap.

Sebelum ini, Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat mendakwa Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti berhubung krisis politik di Selangor.

Menurut Lajnah berkenaan, ini adalah berdasarkan Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS yang menyebut kekuasaan parti dipegang oleh Muktamar PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana