Siapa calon MB Selangor?...Haji Hadi gam mulut ketika diasak wartawan...tapi akui guna 'kuasa Presiden PAS'

Kalau ingat nak korek dari Datuk Seri Haji Hadi Awang siapa tiga nama yang dalam senarai PAS yang disampaikan kepada Istana Selangor jawabnya...minta maaf.
Ketika PKR dan DAP kepanasan dengan spekulasi popular terkini kata nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali tidak ada dalam senarai PAS...Presiden PAS itu tegas gam mulut.

Sebilangan wartawan Jumaat hampa setelah cuba berkali-kali tanya beliau tentang isu yang jadi perbualan ramai ketika ditemui dekat di Masjid Rusila, Marang.

Beliau bagaimanapun mengakui membuat keputusan keatas senarai nama itu mengunakan ' budibicara Presiden PAS'.

Katanya pengunaan kuasa Presiden dalam memutuskan hal itu sudah menjadi amalan sejak dulu.

"Saya mengikut budi bicara Presiden PAS sejak tahun 1959, saya ikut Presiden PAS dulu yang pernah memerintah Terengganu, Kelantan. Pernah memerintah Kedah dan pernah memerintah Terengganu lagi. Pernah kita (PAS) sendiri. Pernah dalam Barisan Nasional . Pernah Pakatan Rakyat, Dr Burhanuddin, Dr Asri dan zaman Almarhum Ustaz Mohd Fadzil Noor.

"Saya ikut budi bicara Presiden PAS ini. Saya berpegang kepada prinsip dan konsep Perlembagaan iaitu Raja Berperlembagaan".

Beberapa pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden Mohamed Sabu kata mereka tidak tahu menahu mengenai senarai PAS yang dikatakan tidak ada nama Wan Azizah dan Azmin Ali.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali mengesahkan bahawa surat senarai calon dari PAS telah dihantar sendiri oleh pejabat Presiden PAS tanpa melalui ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.

Ketika diasak dengan soalan tentang nama calon,Haji Hadi berkata “Itu saya tidak mahu serkap jarang. Saya tidak mahu bagi media serkap jarang, setelah saya serah kepada Istana dan Istana ‘berpijak’ di atas konsep Raja Berperlembagaan.”.

Haji Hadi menjelaskan beliau tidak dapat beritahu kerana tidak mahu tidak boleh mendahului Istana.

“Itu (nama calon) saya tak boleh sebut… takboleh sebut. Ini setelah saya serah kepada Sultan saya tak boleh lagi sebut apa-apa,” katanya.

Kepada satu soalan lain,Presiden PAS itu menegaskan PAS tidak mengalah kepada parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak mengalah, kita berpegang kepada konvensyen Pakatan Rakyat yang meletakkan Islam agama Persekutuan, Raja Perperlembagaan. Itu dalamPakatan Rakyat,"katanya.

Ditanya pula cakap-cakap tentang penubuhan sebuah parti baru pecahan PAS - Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ekoran perbezaan pendirian ekoran isu Menteri Besar Selangor, Haji Hadi kata beliau tidak tahu mengenainya.

Namun beliau tidak menilainya suatu masalah.

“Negara kita (demokrasi dan pernah dulu parti Islah dan sebagainya pernah ditubuhkan itu biasalah dalam negara demokrasi,” jelasnya.

Cakap-cakap mengenai adanya usaha untuk bentuk parti pecahan itu timbul ekoran ' perang dingin' antara golongan profesional PAS dengan golongan ulama.

Golongan 'Ustaz Muda' atau 'Anwarinas' ini dikatakan lebih condong kepada pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding pimpinan Haji Hadi.

Golongan ulama pula dikatakan semakin merasa resah dengan senario hubungan PAS dengan PKR dan DAP.Mereka dikatakan merasa PAS sudah banyak mengorbankan prinsip parti dalam hubungan politik itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana