SIAPA BOHONG ?....PAS Selangor nafi setuju kurangkan Exco dari empat ke tiga...Azmin kata dah bincang

Kalau baca komen di media sosial baik facebook maupun twitter ramai sekali yang anggap PAS 'paling bodoh' dalam isu barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor baru dimana wakil parti itu kena potong dari empat wakil jadi tiga.

Semua hairan bagaimana PKR yang kini cuma tinggal 13 Ahli Dewan Undangan Negeri berbanding 15 PAS boleh pegang lima jawatan utama yakni Menteri Besar dan empat Exco.

PKR dulu tiga Exco namun kini ditambah seorang lagi.

DAP pula kekal tiga orang.

Dua Exco PAS lama yang kekal ialah Iskandar Samad dan Dr Yunus Hairi.Muka baru ialah Zaidy Talib.

Dua Exco lama yang gugur ialah Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi.

Entah apa congak politik yang Menteri Besar Azmin Ali guna memutuskan begitu.Namun semasa mengumumkan barisan itu dalam sidang akhbar pagi Jumaat beliau dakwa sudah bincang dengan pimpinan PAS Pusat dan mereka setuju.

"Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," kata Azmin.

Betulkah?

Kalau betul bagaimana tiba-tiba awal Jumaat malam PAS Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan media yang menafikan sebarang dakwaan bahawa PAS telah bersetuju agar bilangan Exco PAS dikurangkan dari empat ke tiga orang.

Ini kes berat...kenyataan itu mengambarkan seolah Azmin berbohong.

Mahu tidak mahu Menteri Besar itu kena buktikan segera benar beliau sudah berbincang dan dapat persetujuan dari ketiga-tiga pimpinan utama PAS itu untuk membersihkan dirinya dari persepsi negatif.

"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini.
Kami juga berpandangan penguguran YB Dr Hjh Halimah Ali dan YB Ustaz Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," itu terkandong dalam kenyataan yang ditandatangani oleh Mohd Khairuddin Othman,Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Sebelum itu Dr Halimah yang diminta mengulas mengenai pengugurannya menilai barisan Exco baru tidak mengambarkan 'semangat Pakatan'.

"Apa lagi yang saya boleh komen?' katanya.

Mustapha pula dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata ia satu pengorbanan PAS.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana