Setiausaha Agung DAP saman Ahli Parlimen PAS...

Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hassan pada Khamis memberitahu beliau sudah menerima surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Menurut AJK PAS Pusat itu, dua minggu lepas beliau menerima notis mohon maaf daripada peguam Ketua Menteri pulau Pinang itu.

"Notis itu telah saya jawab melalui peguam saya Wan Rohimi bin Wan Daud dari Firma Guaman Tengku Amalin' A-Ishah Putri, Faizi dan Wan Rohimi. Kelmarin saya menerima saman dari Lim Guan Eng. Insyaallah saya sedia menghadapinya di Mahkamah,"ujar beliau dalam posting di facebooknya Khamis.

Sebelum ini Guan Eng mengancam akan menyaman Nasruddin berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk 'Apa beza Kidex dan Penang tunnel?",.

Pada 6 Ogos lepas, Nasrudin mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Episod saman menyaman ini dilihat bakal mengerohkan lagi hubungan antara pakatan pembangkang yang kini retak menanti belah.

Nasrudin yang merupakan bekas Ketua Pemuda PAS dilihat orang yang lantang mempertahankan Presiden parti Islam itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana