Sekarang Baru PAS Percaya Cakap Dr Mahathir

Bila Perdana Menteri Dr. Mahathir kata timbalannya Anwar Ibrahim tidak sabar untuk menunggu giliran menjadi Perdana Menteri kerana melakukan penderhakaan terhadapnya dan UMNO maka orang tidak percaya sebaliknya menuduh Mahathir mahu terus jadi Perdana Menteri.

Pemimpin pemimpin Pas dan orang orang Pas percaya kepada fitnah ini yang disebarkan oleh orang orang Anwar.

Tetapi bacalah apa kata anggota Majlis Tertinggi Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di majlis solat hajat untuk kedamaian Negeri Selangor di rumah Menteri Besar Selangor semalam.

Katanya “Jika saya ditanya tentang ” ” Gerak Kajang”” ia adalah langkah pantas untuk ke Putrajaya.

“Apa salahnya jika dia bersabar sedikit dan tunggu sehinga pilihanraya akan datang bila keadaan memihak pada kita tetapi sekarang dia menekan Tan Sri Khalid supaya meletak jawatan sedangkan rakyat mahukan Khalid terus memerentah negeri ini,” tegasnya.

Dari awal lagi saya telah menyatakan disini bahawa apa yang berkalu kepada UMNO akan berlaku kepada Pas. Saya telah dapat membaca kemungkinan ini dari beberapa stratiji Anwar terutama menghantar orangnya menjadi Setiausaha Agiung Pas yang kemudiannya menguasai Harakah.

Hal ini labih jelas apabila Harakah yang dikuasai oleh orang – orang Anwar telah memperkecil Presiden Pas Haji Hadi sebagai hanya layak menjadi nelayan menjelang muktmar Pas yang lalu, tetapi Haji Hadi bersabar dan suara pemudanya tidak lagi dihiraukan.

Sekarang diketahui bahawa Pas sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim jadi PM apabila terdedah perihal mereka meminta Tengku Razaleigh menjadi PM menjelang pilihanraya ke 13 dengan tujuan untuk melemahkan sokongan Melayu kepada UMNO di luar bandar.

Dari segi logiknya , sekarang sudah pasti Anwar tidak akan jadi Perdana Menteri ,masa depannnya gelap sekali kerana orang Pas sendiri terutamanya di akar rumbi sudah percaya kepada kata kata Dr.Mahathir.

Masa depan beberapa kerat pemimpin Pas Anwarinas yang cari makan atas belas kasihan belas Anwar Ibrahim turut tergugat.
Kalau nasib telah ditakdirkan sial maka siallah juga akhirnya. Orang tua tua dah kata” Jangan main pungkok , sial” – Zainuddin Maidin

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana