Salahuddin Ayub : 'Saya Sedia Pertahan Unit Amal dengan Nyawa Saya'...Tunjuk HERO lah Kononnya

KUALA LUMPUR 2 Sept -  Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sanggup berkorban dengan nyawa demi mempertahankan Unit Amal PAS.

Beliau berkata, Unit Amal PAS merupakan sebuah badan yang berjaya mengharumkan nama parti dan negara menerusi misi kemanusiaan yang dijalankan sejak sekian lama.

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," tegasnya memetik laporan portal rasmi PAS. Harakahdaily hari ini.

Beliau menjelaskan, Unit Amal PAS telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila mengerahkan anggotanya membantu mangsa gempa bumi di Pakistan dan Tsunami di Aceh.

Katanya, ketika dalam pemuda, beliau antara yang awal terlibat dalam pemerkasaan Unit Amal sejak ia ditubuhkan 30 tahun dahulu.

"Matlamat asal penubuhan katanya adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum.

"Sehingga sekarang kita yakin mereka masih di atas landasan yang betul," tegasnya.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, beliau turut bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi memberi penjelasan berhubung tugas dan operasi Unit Amal.

"Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," tegasnya.

Beliau berkata demikian bagi membidas Zahid semalam yang melahirkan keyakinan bahawa anggota Unit Amal PAS turut akan ditahan seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang.

Zahid berkata, penahanan anggota PPS dibuat kerana beliau turut menerima laporan bahawa mereka turut memukul orang dan melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan termasuk mengambil tugas polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana