Safwan Anang Dipenjara 10 Bulan...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR 5 September - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan kepada aktivis mahasiswa pro pembangkang Muhd Safwan Anang atas kesalahan menghasut berhubung keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Walaubagaimanapun hukuman berkenaan ditangguhkan berikutan pihak peguambela mahu meneruskan ke peringkat rayuan. Dalam masa sama wang ikat jamin dinaikkan daripada RM5000 kepada RM15000.

Menurut penghakiman, kenyataan Orang Kena Tuduh (OKT) Safwan yang juga seorang pelajar jurusan pendidikan Islam di Universiti Malaya (UM) ketika mengkritik keputusan PRU13 itu melepasi garis perkataan menghasut.

Lantas itu prinsip kepentingan awam di ambil kira.

"Hukuman dikenakan untuk memberi pengajaran di masa akan datang. OKT mempunyai pengaruh besar termasuk di dalam badan bukan kerajaan (NGO), sepatutnya awak menjadi 'role-model'. Mahkamah mengambil prinsip kepentingan awam untuk masyarakat. OKT seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat kesalahan. Fikir dua kali, kamu adalah pelajar," katanya.

Sebelum ini ketika sesi berhujah selepas keputusan bersalah diputuskan, pihak peguambela memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman yang ringan terhadap OKT atas alasan kepentingan peribadi.

Peguambela berkata, OKT bakal menghadiri hari konvokesyen pada Oktober ini sementara umur beliau masih muda termasuk memiliki seorang isteri yang masih belajar di peringkat Ijazah Sarjana serta seorang anak kecil berusia 8 bulan.

Namun yang demikian hujah tersebut disanggah oleh pihak pendakwaraya dengan menyatakan prinsip kepentingan awam perlu di ambil penekanan. Malah hukuman setimpal perlu dikenakan kepada OKT supaya dapat memberi pengajaran kepada masyarakat.

Selain daripada itu, pihak pendakwaraya turut menjelaskan bahawa kenyataan menghasut orang ramai dalam usaha menumbangkan kerajaan melalui jalanraya telah menafikan amalan demokrasi negara menerusi sistem peti undi iaitu pilihanraya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana