Saari, Hasnul Pertahan Tindakan Sokong Azizah, Sedia Dihukum...Dasar KEras KEpala

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menegaskan mereka berada di pihak benar dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan daripada Jawatankuasa Disiplin parti berhubung tindakan membelakangi parti dalam krisis politik di Selangor.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengakui tiada sebarang panggilan telefon mahupun surat tunjuk sebab diberikan supaya tampil memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Datuk Wan Mutalib Embong, walaupun pelbagai amaran dan desakan dikeluarkan.

"Sehingga hari ini masih tak ada sebarang panggilan telefon mahupun surat rasmi yang saya terima. Yang ada hanyalah khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan hinaan daripada pihak-pihak yang berang dengan tindakan saya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat Selangor.

"Jika dipanggil saya bersiap sedia, hadir dengan membawa saksi dan peguam jika diperlukan. Saya akan memberikan penjelasan dan membela diri berhubung pendirian yang dinyatakan pada sidang media 14 Ogos lalu," kata Saari kepada mStar Online pada Khamis.

Beliau turut melahirkan kenyakinan bahawa tidak gentar terhadap sebarang ancaman dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan tatatertib ke atas dirinya.

"Saya yakin di pihak yang benar. Saya akan pertahankan diri...Sekali lagi saya jelaskan keputusan menandatangani SD menyatakan sokongan kepada calon menteri besar Selangor ketika itu adalah untuk menyelamatkan kedudukan PR di Selangor dan untuk mengelakkan PAS daripada bergabung dengan Umno.

"Hal ini kerana, Tan Sri Khalid Ibrahim (menteri besar Selangor) mengakui beliau mempunyai majoriti ketika itu," ujarnya.

Mengulas lanjut Saari turut melahirkan kenyakinan terhadap kredibiliti dan ketelusan Jawatankuasa Disiplin PAS pusat dalam menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku.

"PAS sebuah parti yang adil dan telus. Keputusan presiden juga tidak mendapat sokongan semua pihak. Ingin juga saya tegaskan keputusan tandatangani SD tersebut adalah pendirian masing-masing tanpa ada pengaruh daripada mana-mana pihak," katanya.

Sementara itu, Hasnul turut menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataan sebelum ini biarpun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Beliau juga bersedia memberi penjelasan dalam isu berkenaan sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan dalam isu berkenaan.

"Sehingga hari ini tak ada apa-apa yang saya terima daripada mereka (Jawatankuasa Disiplin). Keputusan masih sama saya berpegang kepada SD yang ditandatangani sebelum ini dan ia dibuat demi menyelamatkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Hasnul turut mengakui dirinya tidak menghadapi masalah dengan rakan-rakan Adun yang lain sejak namanya menjadi bualan pihak media.

"Saya tidak ada masalah, hari ini pun saya hadir Muktamar PAS pusat ke-53 di Batu Pahat sebagai pemerhati," katanya.

Pada Rabu,  Dewan Ulama PAS pusat sebulat suara meluluskan usul agar parti mengambil tindakan disiplin terhadap Saari dan Hasnul kerana didakwa membelakangi keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

Wakil Dewan Ulama dilaporkan berkata sayap parti turut  melihat bahawa tindakan kedua-dua Adun PAS itu boleh dikenakan tindakan termasuk dipecat daripada parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana