RK PengkalanKubor:Hinanya Calon Umno Buka Pondok Mengajar Qiraati Dimata PAS?

 Ceramah PAS di Kedai Geting pada 13-9-2014 dihadiri oleh kira-kira 300 orang ,jangan hairan dengan kehadiran yang ramai itu,sebab Kedai Geting adalah salah satu PDM yang sentiasa menyokong PAS sejak lama dahulu.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nassuruddin Daud ,dia begitu sedap mengata pada calon BN.

“Walaupun Calon UMNO semua tahu seorang Cikgu ,tapi calon Umno tiada title Ustaz ,dia tukar Ustaz .orang disini lebih kenal daripada saya,Bunyi khabar calon UMNO ada pondok mengajar qiraati.dikawasan Pengkalan Kubor dan Geting kawasan pondok zaman berzaman,saya sebut sebab tak mahu taraf pondok diturunkan.

“Orang buka pondok zaman dahulu,orang mengajar bukan setakat kitab jawi,kitab arab-pun orang mengajar,kalau orang mengaji tafsir dipondok orang mengaji  tafsir Ibnu Kathsir(Hot Kelate hanya catat sebahagian nama kitab yang dimaklum semasa ceramah itu),tiada orang buka pondok mengajar Qiraati zaman dulu.

“Jadi saya tidak mahu taraf pondok diturunkan,orang mengaji ilmu dipondok zaman dahulu dia keluar lebih daripada (Pelajar)universiti,pelajar universiti juga akan belajar kitab dipondok.

“Tak apalah kalau UMNO ketandusan guru pondok dan guru agama tukar nama cikgu jadi ustaz, Pakai serban,pakai jubah,pakai kopiah,saya rasa insyaAllah dengan dia pakai serban dia berdoa tiru cara Tok Guru pada hari mengundi dia sendiripun akan undi calon PAS.

“Sebab tak munasabah orang pakai serban sokong dacing(BN) kerana dalam kitab yang digunakan untuk mengajar dipondok diantaranya kalau orang mengaji matan zubab,Ibnu Roslan dalam  mukadimah ada menyebut:Orang alim yang tidak beramal dengan ilmu dia,Allah taala akan azab dia dahulu daripada kafir yang sembah berhala.

“Tiap-tiap orang buat amal tidak berdasar kepada ilmu, amalan dia tuhan tolak,tuhan tak terima….itu dalam kitab yang orang mengajar dipondok.

“Jadi bagaimana kita pakai serban boleh tolak perjuangan Islam,macammana pakai serban mewakili parti buat naya pada rakyat.

Amboi-amboi ,,tak ingat belakang depan puak-puak PAS,apa yang dia kata seolah-olah hanya PAS sahaja layak ikut sunah Nabi,Pakai serban,pakai jubah,pakai kopiah,sejak bila pula jika buka pondok mengajar Qiraati akan turun taraf pondok..Jangan fitnah sesuka hati beb!!!

Ustaz Nasarudin Sendiripun Tak habis mengaji di Al-Azhar mesir menurut sumber …..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana