Rejimen Anarki Adalah Adik Yang Bodoh!

Asiah Abdul Jalil yang juga merupakan peguam kepada Ali Abdul Jalil atau Rejimen Anarki, menggambarkan posting2 yg dibuat oleh adiknya itu sebagai 'BODOH' tetapi mengecam kerajaan kerana mendakwa adiknya di bawah Akta Hasutan yang menurutnya tidak sepatutnya diakukan.

Kakak kepada Ali Abdul Jalil iaitu Asiah Abdul Jalil dan Khalid Ismath telah bersolidariti di Penjara Sungai Buloh.

Ali Abdul Jalil atau Rejimen Anarki telah didakwa dengan lapan tuduhan di bawah Akta Hasutan, dan menurut Asiah Abdul Jalil, subversif tersebut akan ditangkap semula esok.

"Adik saya adalah seorang budak lelaki bodoh yang menggunakan bahasa yang bodoh tetapi kerajaan masih berasakan dia adalah ancaman kepada kerajaan dan monarki. Bagi saya ini benar-benar kelakar," kata Asiah.

Asiah bersama-sama lebih kurang 30 orang lain yang mengandungi kawan-kawan rapat dan sekutu-sekutu anarkis Ali, telah berkumpul di Penjara Sungai Buluh malam tadi untuk candle light vigil. Menurut Asiah, keluarganya tidak lagi bercadang untuk menjamn Ali yang berusia 29 tahun dari penjara.

Menurut Asiah lagi, keluarga berasakan Ali lebih selamat berada di Selangor berbanding di Johor. Adalah difahamkan, polis Johor sudah pun bersedia untuk memberkas Ali esok di bawah tuduhan yang sama, iaitudi bawah Akta Hasutan Seksyen 4(1)(c) kerana menghina monarki sebaik-baik sahaja dia dijamin.

Kumpulan tersebut telah tiba jam 9:30 malam dan membuat beberapa ucapan penting dengan laungan, "Hidup Ali! Mansuh Akta Hasutan!"

Sementara itu, kembar Ali, Ahmad Abdul Jalil yang pernah didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada November 2012 kerana kesalahan serupa berkata, terdapat jurang yang besar dalam ideologi antara golongan tua dan baru dalam cara pemikiran.

"Ali mungkin melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan, tetapi dia adalah suara ramai golongan muda Malaysia yang lahir pada tahun 80-an yang menuntut pembangunan negara menerusi pembangunan minda."

Kata Ahmad lagi, jurang perbezaan pemikiran kedua-dua golongan tersebut, telah mendorong kepada perbezaan pendapat.

"Kita tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa kebebasan bersuara perlu ditunjukkan dengan sebarang cari. Bagi generasi kami, ia adalah di media sosial," katanya sambil menambah sebilangan ahli politik pro-BN dan pengamal undang-undang masih lagi bebas sekalipun telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan hasutan.

Ahmad berpendapat, daripada mendakwa Ali dengan Akta Hasutan, sepatutnya Kerajaan mengadakan dialog untuk menyelesaikan isu-isu seperti itu.

Sesuatu yang amat menarik ialah, sekali lagi terbukti bahawa golongan yang gemar melakukan hasutan dan cuba menimbulkan kekacauan dalam negara ini yang sedang bertungkus lumus berkempen agar Akta Hasutan dimansuhkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana