Ramal PAS Bakal 'Runtuh' Jika Patuh Titah Sultan, Pembahas ProPKR 'Dibooo'

Kerajaan PAS bakal runtuh dan lenyap dalam masa singkat sekiranya parti itu berkeras untuk menerima titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Mohamed Hanipa Maidin ketika memberikan amaran keras itu berkata, krisis politik di Selangor tidak akan berakhir jika PAS menerima jawatan menteri besar yang baharu.

Tidak senang dengan ramalan proPKR itu, perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS bertindak menyorak 'booo' kepada Hanipa.

"Anda boleh 'booo' sekuat hati pun. Boleh teriak, tapi saya tetap berhujah bersandarkan fakta.

"Kita nak buat keputusan perlulah berdasarkan prinsip yang rasional dan munasabah. Mengambil kira apakah isu yang sebenar. Bukan berdasarkan sorakan atau 'booo' tuan-tuan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.

Kejadian memalukan itu merupakan yang kedua sepanjang muktamar berlangsung selepas wakil pembahas Pemuda PAS, Mohd Sani Hamzan turut menerima sorakan 'booo' kerana menggesa PAS mengingkari titah istana sekiranya PAS dipilih menduduki kerusi panas menteri besar.

Terdahulu Hanipa menjangkakan PAS akan diboikot oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat kerana membelakangi janji bahawa kerusi menteri besar Selangor adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kita tak boleh lari daripada tuduhan PAS telah mungkir janji. Tapi kalau kita boleh tangani isu itu, silakan ambil (jawatan).

"Dari sudut perundangan adakah kita terfikir kerajaan yang akan dibentuk itu kuat ataupun lemah. Apabila kita terima jawatan, saya percaya rakan kita tidak akan menyokong kita.

"Sebab kita janji kerusi itu untuk PKR. Bila kita ambil dalam keadaan kita tak mendapat sokongan PKR, bolehkah kita nak jadi menteri besar yang kuat," soalnya denga tegas kepada perwakilan.

Soalan Hanipa itu disambut dengan jawapan "boleh" oleh sebilangan perwakilan.

"Boleh apa?" soalnya kembali sambil disambut suara-suara rungutan oleh perwakilan dan pemerhati muktamar.

Insiden kekecohan itu bagaimanapun terpaksa diredakan oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail yang meminta semua pihak bertenang.

Meneruskan ucapannya, Hanipa juga tidak menolak kemungkinan bahawa kemungkinan PAS akan berhadapan pilihan raya negeri sekiranya tidak mendapat sokongan di DUN Selangor.

"Ketika itu kita akan buka ruang bahawa kerajaan ini (sekiranya PAS jadi menteri besar) akan dicabar dan tak mustahil kerajaan PAS ini akan berakhir dalam keadaan yang kita tak suka...akan berlakunya pilihan raya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana