RAFIZI RAMLI DAN CHEGU BARD TAK BERANI KE NAK KELUARKAN SUARA SELIDIK PUNCA KEKAYAAN NGA KOR MING!!!

 Semalam, BULETIN 247 mendedahkan tentang betapa besarnya dan kayanya Nga Kor Ming. Berbeza daripada kemarahan dan kebenciannya terhadap kekayaan orang Melayu dan Bumiputera, Nga Kor Ming nampaknya begitu takut kalau-kalau kekayaan Melayu dan Bumiputera, akan membuatkan dia dan anak beranaknya tinggal di dalam pondok atau di bawah jambatan.

Mana orang PKR? Mana Melayu PAS? Mana orang DAP yang berani mempertikaikan keupayaan Nga Kor Ming memiliki harta yang sebegitu mahal hanya dengan berjawatan Ahli Parlimen Taiping dan bekas Exco 11 bulan? Apakah firma guamannya terlalu hebat sehinggakan dia boleh mengumpulkan hartanah bernilai jutaan ringgit dalam tempoh yang amat singkat?

Bayangkanlah kalau Nga Kor Ming itu nama sebenarnya adalah Ahmad bin Faizal dan merupakan pemimpin UMNO negeri Perak. Apakah PKR, DAP dan PAS akan tinggal diam? Atau Rafizi Ramli, Chegu Bard, mahupun Anthony Loke, Lim Guan Eng dan Teresa Kok sekadar memandang tanpa sebarang kata-kata?

Sudah pasti akan dikorek dan dicari sampai ke lubang cacing punca kekayaannya. Kalau tidak boleh ditemui sebarang bukti yang mencurigakan, bukti akan dicipta dan fitnah akan dibuat selari dengan bukti-bukti lemah yang telah mereka kumpulkan, sebagaimana yang dilakukan dalam kes NFCorps dan sebagainya.

Malangnya, Nga Kor Ming bukan Melayu. Dia adalah seorang Cina. Bila dia seorang Cina, kekayaannya tidak akan diragui kerana persepsi umum adalah CINA KUAT BEKERJA dan kerana kuat bekerja itulah, mereka boleh menjadi kaya-raya.

Sedangkan Melayu pula sangat pemalas, bodoh dan hanya mengharapkan RASUAH, penyelewengan mahupun hubungan dengan parti kerajaan untuk kaya-raya. Melayu tidak berkeupayaan untuk kaya, malah tidak layak langsung untuk kaya!

Sudah hampir 24 jam berlalu, tetapi belum ada sebarang suara daripada Pakatan Rakyat yang mahu mendesak Nga Kor Ming yang suatu ketika dahulu diberitakan mendapat tanah berkeluasan beribu hektar di Kelantan yang asalnya adalah milik rakyat dan umat Islam Kelantan sebagai imbalan kepada persetujuannya untuk Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana