PRK PENGKALAN KUBOR : MUSTAFA ALI KANTOI BERBOHONG!!

Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang menyatakan bahawa PKR telah memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor telah disanggah oleh Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir.

Namun begitu, Ab Aziz menegaskan bahawa PKR Kelantan memutuskan akan memastikan calonnya dapat bertanding pada PRK nanti walaupun PAS bertindak 'menuntut' semula kerusi DUN tersebut.

Menurut Ab Aziz, PKR Kelantan masih lagi boleh 'memberi muka' kepada PAS Kelantan sekiranya perkara tersebut diminta dan diputuskan oleh PKR Pusat.

“Saya tidak tahu tentang hal itu, buat masa sekarang ini kami (PKR Kelantan) masih lagi menunggu keputusan kepimpinan tertinggi berhubung peletakan calon untuk DUN Pengkalan Kubor,

“Kita tidak ada kuasa untuk beri laluan atau kuasa untuk menyekat pencalonan mereka (PAS), cuma sekarang ini kami (PKR Kelantan) masih menunggu keputusannya,” kata Ab Aziz.

Kenyataan Mustafa tersebut jelas menunjukkan bahawa dia hanya tahu berbohong dan memperbodohkan ahlinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana