PRK Pengkalan Kubor: DAP tak datang SOKONG kerana pengundi Cina tak ramai...

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulas mengenai isu Pakatan Rakyat dan kemelut yang berlaku di Selangor yang dikatakan menggugat kempen dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Malah, ketiadaan pemimpin utama termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari penamaan calon pagi ini juga memberi gambaran kemelut yang berlaku dan parti itu kini bermasalah.

"Tak jadi isu. Tak jadi masalah. Presiden akan datang, petang ini. Kami pun sekarang sibuk dengan muktamar yang akan berlangsung di Johor," katanya ringkas.

Mat Sabu juga berkata "Dari PKR ramai yang datang. Di sini orang bukan Melayu tak ramai. Jadi mereka (DAP) tak datang. Mungkin akan datang pada kempen hari yang lain,"

Beliau ditemui pemberita selepas proses penamaan calon DUN Pengkalan Kubor di pejabat tanah dan jajahan Tumpat, Kelantan.

Kenyataan Timbalan Presiden PAS diatas semakin mengiakan bahawa DAP memperjuangkan kepentingan kaum Cina sahaja.Sudah jelas lagi bersuluh.Hanya yg buta saja yg menafikannya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana