PKR kekal pilih Azizah, Awang Selamat gelar Anwar 'Raja Nepotisme'

SHAH ALAM: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermati-matian mahu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal calon tunggal bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim membolehkan dirinya digelar “Raja Nepotisme”, kata Awang Selamat.

"Walaupun pelbagai pihak termasuk pemimpin PAS menyifatkan  Wan Azizah tidak berkebolehan selain pandangan umum bahawa beliau sekadar boneka Anwar, namun Penasihat PKR itu bermati-matian mahukan isterinya. Boleh diberi jolokan Raja Nepotisme, berbeza daripada Raja Gelek macam M. Daud Kilau," kata Awang Selamat.

Awang Selamat menerusi kolum Bisik-bisik Awang Selamat hari ini turut mengecam tindakan Anwar kekal dengan nama isterinya walaupun sudah meminta maaf kepada Sultan Selangor sebelum ini.

Malah, Awang juga turut menyatakan bahawa Anwar adalah punca krisis menteri besar Selangor tidak selesai dan masih tergantung hingga hari ini.

"Sudah lebih tiga minggu isu calon menteri besar masih belum dapat diselesaikan kerana Anwar tetap mencalonkan satu nama sahaja iaitu isterinya, Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Dalam pada itu, Awang Selamat juga turut memuji ketegasan baginda dalam menangani isu menteri besar Selangor kerana tidak tunduk kepada desakan PKR dan DAP yang hanya menghantar satu nama.

"Jika Anwar mahu menguji pula sejauh mana ketegasan Sultan Sharafuddin Idris Shah, beliau telah faham mesejnya.

"Biarpun ditekan dan diasak oleh PKR dan DAP dalam isu tersebut, baginda tidak goyah. Sekali lagi Sultan Selangor tampil menzahirkan rasa duka cita terhadap kedua-dua parti itu," katanya.

Kemelut di Selangor kini memberi gambaran ia mungkin akan berlarutan khususnya selepas Sultan Selangor secara terbuka mengatakan murka dengan PKR dan DAP.

Bagaimanapun, PKR dan DAP sudah memohon ampun kepada baginda atas kesilapan menghantar satu nama sahaja.

PKR dan DAP enggan akur kepada titah supaya memberi dua nama calon menteri besar, sebaliknya hanya PAS yang patuh kepada titah itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak senada dengan kepimpinan PKR dan DAP, secara terbuka menyatakan pendirian bercanggah dan berbeza serta akur dengan titah Sultan apabila mengemukakan tiga nama ADUNnya kepada baginda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana