PKR DI PERBODOHKAN ANWAR... PANAS KALAU GENG PR MEMBACANYA

Kesediaan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus diperbodohkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu nepotisme kronik membabitkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sangat menghairankan.

Ini kerana, ketika Pas sendiri yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Anwar pun sudah 'buka mata' dan sanggup menentang usaha Ketua Pembangkang mencalonkan Wan Azizah, tetapi ahli PKR masih gagal melihat amalan nepotisme kronik biar pun di depan mata.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dalam sejarah politik negara belum pernah mana-mana pemimpin mencalonkan isteri sendiri sebagai menteri besar tetapi amalan tidak sihat itu berlaku di dalam PKR akibat nafsu politik Anwar.

"Tindakan Anwar ini sebenarnya kerana mahu meneruskan talian hayat politiknya yang ketika ini berada di hujung tanduk walaupun beliau tahu bukan sahaja pihak Istana Selangor, bahkan Pas sendiri menolak Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Sebab itu bagi saya secara peribadi, saya hanya memandang lekeh ahli politik seperti Anwar yang sanggup mencalonkan isteri sendiri tetapi kemudian menafikan ia bukan amalan nepotisme," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dan PKR sehingga kini masih bermati-matian mahu menabalkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun dikecam hebat pelbagai pihak termasuk oleh Pas sendiri.

Malah, menerusi Ketua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dilabelkan sebagai anak emas Anwar yang baharu, parti itu mencabar mana-mana ahlinya meninggalkan PKR jika tidak bersetuju dengan pendekatan Ketua Pembangkang tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, tindakan Anwar bukan sahaja tidak beretika dan menggugat kestabilan politik di Selangor tetapi hampir setiap langkah politik yang diambil Ketua Pembangkang itu akhirnya hanya menyusahkan rakyat.

"Kepada ahli-ahli PKR bukalah mata dan nilai melalui akal yang waras apakah mereka mahu lihat amalan nepotisme seperti ini berlaku dalam negara hanya kerana ingin memenuhi nafsu politik individu sedangkan tanggungjawab kepada negara jauh lebih utama," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana