PKR Cetus Masalah, PAS Tanggung Sama...Adakah Sudah Sedar Dari Lamunan?

MARANG 6 Sept - Kemelut menteri besar yang melanda Selangor kini berpunca daripada PKR yang berkeras mencalonkan Presiden partinya Datuk Seri Wan Azizah Ibrahim menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masalah ini dicetuskan oleh PKR sendiri dan PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat (PR) terpaksa menanggung bebannya.

"Masalah yang dibuat oleh rakan kita, yang kita terpaksa menolong memikulnya," katanya yang dipetik Harakahdaily, hari ini.

Ujarnya, pakatan telah sepakat untuk menyerahkan pentadbiran Selangor dibawah jagaan PKR dan pemecatan Khalid merupakan keputusan parti itu sendiri.

Hadi kemudiannya mengingatkan kepada pendatang baru PAS untuk tidak 'mabuk laut' dangan gelombang politik sekarang ekoran apa yang berlaku dengan politik Selangor merupakan perkara kecil.

“Kepada mereka (ahli) yang baru menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang ‘mabuk laut’ dan pening," katanya.

Tegas beliau lagi, ahli PAS jangan bertindak bodoh sehingga boleh menyebabkan bahtera PAS karam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana