Penyakit Selangor... berjangkit di pengumuman calon PAS Pengkalan Kubor..Tiada Ramai Yang Hadir

Entahlah...tapi kalau tanya kalangan wartawan yang selalu membuat liputan pengumuman calon PAS semasa pilihanraya kecil,suasana di Pengkalan Kubor Khamis malam agak lain macam.
Biasanya tak kira hujan ribut atau taufan melanda paling tidak ada Timbalan Presiden PAS Mat Sabu jika Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak datang.

Juga paling tidak mesti ada dua tiga kerat orang kanan PKR atau DAP diatas pentas sebagai tanda soladiriti.

Namun semua itu tidak ada di majlis pengumuman calon PAS untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di Kampong Geting,Tumpat.

Nama calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim hanya diumum oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Wan Rosidi ialah Setiausaha PAS Tumpat dan penyelia PAS bagi DUN Pengkalan Kubor.

Majlis itu dibasahi oleh hujan sepanjang malam.Kalau nak kira trend jentera PAS sebelum ini sekalipun hujan biasanya ramai.Jumlah yang hadir kurang dari 300 orang.

Satu-satunya orang paling kanan PAS Pusat yang nampak diatas pentas ialah Pengarah Pilihanraya PAS , Dr Hatta Ramli.

Lain-lain cuma pimpinan negeri dan kawasan.

Orang paling kanan PKR pula ialah bekas calon DUN itu yang kalah pada PRU13, Saharun Ibrahim.

Orang DAP tidak nampak batang hidung.

Senario itu mencetuskan cakap-cakap di sekitar majlis bahawa kedinginan hubungan antara PAS-PKR-DAP kerana krisis Menteri Besar Selangor sudah berjangkit ke Pengkalan Kubor.

Ketiadaan pimpinan utama golongan ulama dan golongan profesional @ Anwarinas di majlis itu tentunya dikaitkan dengan masalah dalaman PAS akibat krisis itu.

Ketua PAS Tumpat ialah Datuk Kamaruddin Jaafar yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DUN Pengkalan Kubur yang kini milik BN sebenarnya terkepung dalam kubu kuat PAS di Tumpat.

Parlimen Tumpat dan tiga DUN lain dalam kawasan itu dimenangi PAS.

Yang pasti ramai yang akan mengintai masa hari penamaan calon Sabtu 13 September ini untuk melihat kemungkinan ada 'wayang' perpaduan antara mereka di situ.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana