Pensyarah UM Berdepan Hukuman Penjara 3 Tahun...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR, 2 Sept - Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009, dua minggu lepas.

Azmi, 45, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zainol Rashid Hussain.

Dia dikatakan menyebut perkataan menghasut itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos lepas.

Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zainol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Okt untuk sebutan. Azmi membayar jaminan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana