Pengkalan Kubor: PAS tak ada isu...

Sudah dua hari kempen pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, dan bagi wartawan dari Kuala Lumpur yang berkampung di sempadan Tak Bai ini, tak ada berita besar.
Rata-rata dok buat 'colour story', sebab tak ada berita yang meletup.

Tak nampak isu besar yang PAS hendak letupkan, soal pembangunan, mereka adalah kerajaan selama 24 tahun.

Asyik ulang cerita royalti, di mana fakta dan mitos bercampur aduk. Pencaramah sendiri tak faham apa yang mereka cakap.

Akhirnya, sebab tak ada isu, mula burukkan calon lawan... macam-macam Haji Mat Razi kena kutuk.

Antara yang diulang-ulang kononnya beliau bukan 'ustaz'.

Bagi Exco Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata gelaran 'ustaz' itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia adalah panggilan daripada orang ramai berikutan latar belakang agama calon yang juga seorang pengasas pondok di Simpangan di Tumpat.

Menurutnya, kritikan PAS terhadap gelaran 'ustaz' yang digunakan adalah bertujuan menyerang keperibadian calon berkenaan kerana ketandusan isu.

Katanya, PAS sepatutnya lebih fokus kepada kaedah berkempen yang lebih matang bukan dengan cara menyerang peribadi.

"PAS sepatutnya tidak menjadikan gelaran ustaz itu sebagai modal berkempen kerana ia adalah panggilan orang ramai kepadanya.

"Saya harap PAS bersaing dengan BN kerana berbeza ideologi bukannya dengan cara menyerang peribadi seseorang," katanya dalam sidang media di Program Jelajah Agropreneur Muda di Kampung Telaga Bata Tumpat, pagi Isnin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana