Penamaan Calon PAS Sepi Dipulau PKR & DAP

SEINGAT penulis, tidak pernah rasanya pemimpin DAP gagal hadir dalam mana-mana proses penamaan calon pilihanraya kecil bila parti-parti dalam Pakatan Rakyat bertanding.

Berbeza hari ini, dalam proses penamaan calon untuk pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor, tak seorang pun pemimpin dan penyokong DAP yang dilihat hadir memberikan sokongan.

Walaupun ini kawasan majoriti besar Melayu yang bukan pengundi tradisi DAP (disebalik dakwaan parti berbilang kaum yang semakin dapat sokongan Melayu), tapi ikut sejarah yang lepas-lepas, pemimpin DAP tak pernah gagal menghadirkan diri.

Contoh di Kuala Besut tahun lepas, penasihat DAP Lim Kit Siang dan segelintir penyokongnya hadir memberikan sokongan kepada calon PAS pada ketika itu walaupun Kuala Besut sama macam Pengkalan Kubor juga dari segi komposisi kaum – majoriti Melayu.

Itu cerita DAP, sekarang cerita PKR pulak.

Walaupun PKR menghantar 2 orang Naib Presidennya, masing-masing Tian Chua dan Shamsul Iskandar, tak seorang pun pemimpin PKR dari kubu kuat parti itu, Selangor yang hadir memberikan sokongan kepada calon PAS kali ini.

Suka atau tidak penulis berani mengatakan keadaan ini berlaku adalah akibat bantahan PKR terhadap sikap PAS yang enggan menyokong pencalonan bini Anwar sebagai Menteri Besar Selangor sehingga impian bekas banduan itu nak membolot rizab Selangor sebanyak lebih RM 3 billion, terhalang.

DUN Pengkalan Kubor ini pun sengaja diserahkan kepada PAS antara lain sebagai jalan keluar kepada kemelut MB Selangor, tapi kerusi dia sapu, sokong Azizah sebagai MB Selangor, tak juga.

Celaka punya PAS kata Anwar, itu yang tak datang agaknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana