Pemuda UMNO buat Laporan Polis terhadap Exco Kelantan

TUMPAT 16 Sept - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan.

Ketua pergerakan itu, Akbar Salim, berkata ceramah berkenaan disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di sini kelmarin.

Menurut Akbar, ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya Kerajaan Pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.

"Kenyataan itu amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dalam kalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.

Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan, ACP Dahlan Mohd Noor, mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

Serban Besar Boleh plak buat tuduhan FITNAH...?.Admin tak hairan lah Politik menghalalkan cara apa saja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana