Pemuda Pas sedih Majlis Syura Ulama diperlekeh...Itu Masih Tak Sedar Diri Lagi Tu

KOTA TINGGI – Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat melahirkan rasa sedih atas tindakan sesetengah pihak yang memperlekeh Majlis Syura Ulama termasuk ahli parti itu sendiri.

“Agenda memperkasa parti adalah satu kemestian pada waktu ini. Pas Pusat dilihat semacam tiada plan tindakan dalam mengurus konflik yang berlaku dalam parti. Perbezaan pendapat dalam Pas tidak diruskan dengan baik sehingga menjadi krisis yang parah.

“Pemuda Pas sangat sedih apabila Majlis Syura Ulama diperlekeh dan dipertikai oleh sesetengah ahli dan pihak luar,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-55, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan krisis yang melanda parti rakannya, PKR tempiasnya turut dirasai parti itu.

“Isi kandungan mesyuarat boleh dicapai oleh media luar parti dengan begitu cepat. Perbincangan dalaman boleh sampai ke media pihak lawan. Media baru yang sepatutnya menjadi alat untuk berdakwah sudah menjadi alat untuk menembak kaki sendiri.

“Lebih malang lagi apabila masalah rumah tangga jiran, tiba-tiba rumah tangga kita pula yang berantakan. Masyarakat umum menggeleng kepala melihat betapa lemahnya kita mengurus krisis sehingga luka kecil akhirnya bernanah,” katanya.

Namun, menurut Suhaizan, masih belum terlambat untuk parti itu melakukan perubahan dalam memantapkan pengurusan parti.

“Kita masih belum terlambat. Saya yakin Pas mampu membuat perubahan dalam memantapkan pengurusan parti. Majlis Syura Ulama perlu diperteguh untuk terus memandu parti agar tidak terbabas daripada landasan syarak.

“Kita juga perlu sedar bahawa musuh-musuh kita sudah mengenalpasti lubuk kita untuk terus dimanipulasi bagi melemahkan parti.

“Justeru aspek pengurusan krisis dalam parti perlu dimantapkan segera..Lembaga Disiplin parti juga dilihat terlalu lesu dan perlu diperteguhkan segera.Pas Pusat perlu lebih serius menguruskan krisis yang sedang berlaku,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana