Pemuda PAS sebulat suara sokong Khalid kekal MB, kecam ADUN belot

Jika di Dewan Ulamak PAS pagi Rabu, pemangku ketuanya, Datuk Ahmad Yaakob mempertegaskan pendirian sokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Dalam perbahasan di Muktamar Dewan Pemuda PAS nada yang sama bergema.

Muktamar Tahunan Pemuda PAS PAS pada Rabu sebulat suara mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang berintegriti serta mempunyai kredibiliti.

BH melaporkan Perwakilan Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli mengusul perkara itu ketika membahas ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS dan ia mendapat sokongan kira-kira 700 perwakilan Muktamar.

Hanafi mencabar perwakilan yang hadir supaya berdiri jika mereka bersetuju mengatakan Abdul Khalid hilang integriti sebagai seorang menteri besar namun tiada seorang pun perwakilan berbuat demikian.

"Saya rasa tiada pun perwakilan yang kata Tan Sri Khalid hilang integriti, setuju?," katanya ketika berucap.

Sebelum itu, Hanafi menyatakan rasa pelik dengan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor yang tiba-tiba berlaku pada saat Pakatan Pembangkang cuba membawa kebajikan di negeri itu.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Selangor menyokong keputusan PAS Selangor, Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju Abdul Khalid digantikan dengan individu lain bagi menerajui Selangor.

Katanya, rakyat meneliti kemelut itu kerana mereka mempunyai maklumat dan akan menganalisa dengan fakta.

Hanafi turut mengucapkan terima kasih kepada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor yang menyokong pentadbiran Abdul Khalid dengan kekal sebagai EXCO kerajaan negeri sehingga pelantikan baharu dibuat.

Selain itu, beliau mengecam tindakan dua wakil rakyat PAS iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang memberikan sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"ADUN yang kekal dalam Kabinet kerajaan Selangor adalah hero kami, berbeza dengan dua pengkhianat melanggar keputusan PAS Selangor," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana