Pemuda PAS Gelar Husam Musa Pemimpin 'Pondan'

KUALA LUMPUR 11 Sept - Pergolakan dalaman PAS semakin memuncak apabila Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Mohd. Ithnin menyarankan Naib Presiden parti, Husam Musa meletakkan jawatan bersama rakan sekutu dalam pimpinan jika tidak dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut menyelar tindakan Husam yang tidak mengikut saluran betul dalam membuat kenyataan secara terbuka mengecam kepimpinan Presiden PAS.

“Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka.

“Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong. Mungkin ramai juga ahli-ahli PAS yang akan mengalu-alukan tindakan Husam meletak jawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shazni turut menyifatkan Husam sebagai ‘pondan’ yang mengambil pendekatan berkias dalam menyatakan bantahan terhadap pendirian Abdul Hadi berhubung calon Menteri Besar Selangor.

Katanya, tindakan Husam dan beberapa rakan sekutu dalam parti dianggap tidak berprinsip malah tidak releven digelar pemimpin PAS.

“Sekadar berkias-kias, berlapik-lapik tanda tidak setuju, itu perbuatan ‘pondan’.

"Apatah lagi jika beliau dan rakan-rakan ada mencuba-cuba untuk mempengaruhi ahli-ahli lain secara senyap untuk menolak Presiden.

“Hanya Husam dan rakan-rakannya sahaja masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik.

"Tindakan seperti itu lagilah tidak bermaruah,” tegasnya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu merupakan antara pemimpin PAS yang 'mengasak' Abdul Hadi bersetuju dalam meletakkan satu nama sahaja iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Beliau turut mencabar Husam mengusulkan undi tidak percaya terhadap Abdul Hadi sebagai kaedah alternatif dalam menyatakan pendiriannya secara lebih tegas.

“Jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan secara jantan; usul undikan tidak percaya atau meletak jawatan.

“Sekiranya kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan Presiden parti kerana PAS ialah parti untuk orang yang berani dan tiada tempat untuk pemimpin yang ‘pondan’!” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana