Pemimpin tertinggi PKR, DAP tidak hadir di Muktamar PAS...Nampak Sangat Kedua Dua Ini Ada Kepentingan Saja

BATU PAHAT: Pemimpin tertinggi  DAP dan PKR tidak hadir di perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi ini, sekali gus mencerminkan hubungan rapuh dalam Pakatan Rakyat.

PKR menghantar naib presiden mereka Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mat Akin, manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak kelihatan.

Pakatan pembangkang dibelit dengan krisis Menteri Besar Selangor sehingga pimpinan PAS membayangkan kemungkinan parti itu keluar daripada gabungan itu.

Krisis itu bermula dengan tindakan PKR melancarkan Langkah Kajang untuk memaksa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur sebagai MB tanpa berbincang dengan PAS.

PAS akhirnya menolak tindakan PKR mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk jawatan itu. Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya menamakan seorang ADUN PAS untuk kerusi itu yang secara tradisional dipegang oleh PKR.

Istana Selangor belum memberi perkenan kepada senarai calon MB yang dikemukakan oleh PAS, DAP dan PKR.

Wan Azizah bagaimanapun mempunyai sokongan 30 daripada 56 ADUN untuk mengisi jawatan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana