Pemikiran Kolot Mat Sabu Ni!!!! Tegur Majlis Syura supaya tidak ulangi zaman kejatuhan Turki

KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tegurannya terhadap prestasi  Majlis Ulama adalah demi memastikan PAS terus relevan dan mengelakkan parti itu 'mengulangi' sejarah keruntuhan pemerintahan Turki.

Beliau berkata, kebimbangan itu perlu disuarakan, apatah lagi katanya penyokong parti itu terdiri daripada pelbagai golongan, dan dikhuatiri pendekatan ulama yang agak konservatif dan terlalu islamik akan mencambahkan perasaan 'menyampah' terhadap PAS.

"(Prestasi Ulama) Kena tingkatkan lagi, baru nampak relevan.. kebimbangan tu besar. Sebab bila orang dah fed-up (menyampah) pada golongan agama, akan muncul orang macam Kamal Attaturk.

"Di Malaysia, tak sampai tahap itu lagi, tapi biar kita letakkan kebimbangan itu. Macam Turki, di penghujung pemerintahan khalifah (kerajaan Uthmaniyyah) itu, orang dah fed up, akhirnya Kamal Attaturk disokong.

"Sebab sekarang trend orang pilih pemimpin seperti Jokowi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55, di sini, sebentar tadi.

Mat Sabu ketika berucap pada perasmian Muktamar Pemuda PAS sebelum itu menafikan beliau dan golongan profesional mempunyai masalah dengan kelompok ulama dalam parti itu.

Malah katanya, apa jua teguran kepada kepada Majlis Ulama adalah sebahagian daripada proses semak dan imbang bagi memastikan  badan itu kekal relevan untuk menerajui PAS.

Teguran Mat Sabu itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Majlis Syura bermesyuarat dan sepakat menolak calon Menteri Besar Selangor yang dipersetujui Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini.

Terdahulu jawatankuasa itu menyatakan sokongan kepada PKR yang menetapkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana