Pelajar UM 'Boikot' Kelas Untuk Berarak Sokong Pensyarah...Inilah Dikatakan Belajar Untuk Berpolitik


PETALING JAYA: Para pelajar Universiti Malaya (UM) - kebanyakannya mahasiswa undang-undang - telah memboikot kelas mereka pada pagi Rabu untuk menghadiri perarakan aman di pekarangan universiti tersebut di Lembah Pantai sebagai tanda sokongan ke atas pensyarah mereka, Profesor Madya Dr Azmi Sharom, yang baru-baru ini didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Perarakan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) turut dihadiri oleh beberapa ahli akademik dan juga ahli politik.

Mereka memulakan perarakan dari Fakulti Undang-Undang menuju ke Sudut Pidato tidak jauh dari situ yang suatu ketika dahulu menjadi medan para mahasiswa menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas apa juga isu dalaman dan luar negara.

Para pelajar berkenaan dilihat memulakan perarakan mereka pada jam 12.30 tengah hari sambil melaungkan slogan tertentu termasuklah mendesak Akta Hasutan dimansuhkan.

Mereka turut membawa kain pemidang yang menyatakan sokongan ke atas Azmi serta menuntut kebebasan bersuara dalam institusi akademik.

Yang turut serta dalam perarakan itu termasuklah anggota Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Yeo Bee Yin, anggota Parlimen Segamat, Lim Lip Eng dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dr Azmi, yang juga merupakan kolumnis akhbar harian The Star, telah didakwa pada 2 September lalu di bawah Akta Hasutan 1948 kerana membuat komen berhubung peranan yang dimainkan oleh Istana dalam krisis kepimpinan Perak pada 2009.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana