Peguam PAS Mahu Hadi Awang Dikenakan Tindakan Tatatertib...Ini Bukan Giler Namanya Tu

KUALA LUMPUR 8 Sept - Seorang peguam yang juga merupakan ahli Pas mendesak agar tindakan tatatertib dikenakan terhadap Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung keputusan menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas sebagai calon Menteri Besar (MB) Selangor untuk diserahkan kepada pihak istana.

Peguam yang dikenali sebagai Zulhazmi Shariff At-Takanan berkata, tindakan Presiden Pas itu jelas melanggar perlembagaan parti kerana keputusan itu dikatakan tidak selari dengan persetujuan yang telah dicapai semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP) pada 17 Ogos lalu.

"Berbalik kepada tindakan Presiden yang telah menghantar tiga (3) nama calon yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014, maka jelas ada perlanggaran tatatertib telah dilakukan oleh Presiden sendiri. Perlanggaran tersebut adalah di bawah Fasal 82 (1)(b),(c),(d) dan (g).

"Maka dengan ini diusulkan supaya Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menggunakan Fasal 82(9) untuk mengambil tindakan terhadap Presiden dan sesiapa yang terlibat bersama Presiden tanpa melalui Jawatankuasa Tatatertib," katanya yang dipetik melalui satu kenyataan.

Menurut Zulhazmi, mengikut perlanggaran di bawah Fasal 82 (1)(b),(c),(d) dan (g) tersebut, Abdul Hadi telah ingkar dengan melanggar perlembagaan yang secara jelas menyatakan bahawa tugas Presiden hanya sebagai Ketua Eksekutif yang menjalankan tugas berpandukan keputusan mesyuarat JKPP bukan pendirian peribadi.

Abdul Hadi juga didakwa gagal mengawal diri dan telah melakukan tindakan yang menyalahi atau merugikan parti apabila menyebabkan parti menerima persepsi buruk dari masyarakat.

Zulhazmi menambah, selaku Presiden, Abdul Hadi juga tidak boleh menggunakan kuasa veto di dalam pentadbiran parti.

"Peruntukkan Fasal 26 (1)(a) hingga (d) jelas bahawa Presiden berkuasa sebagai ketua melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS adalah berpandukan keputusan mesyuarat dan kekuasaan tertinggi PAS iaitu Muktamar.

"Presiden tidak diberikan kuasa veto menjalankan tugas kerana PAS menggunakan konsep SYURA yang seringkali dipertegaskan oleh Presiden sendiri." katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana