PDRM Tubuh Pasukan Khas Pantau Kenyataan Hasutan

KOTA KINABALU 3 Sept - Polis kini giat memantau sebarang kenyataan berbaur hasutan di laman sosial mendakwa Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebuah jawatankuasa dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.

"Selaku Pesuruhjaya polis negeri, saya memandang serius isu ini dan akan memastikan mana-mana individu yang terlibat dibawa ke muka pengadilan kerana menghasut," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas siasatan terhadap akaun facebook dengan identiti 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) bersama blog dan laman media sosial berkaitan.

"Kita kini masih dalam proses mengumpul saksi untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 4 Akta Hasutan," katanya.

Jelas beliau, kumpulan tersebut telah menghasut penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak menggunakan fakta yang diputar-belit yang boleh mencetuskan perselisihan faham serta ketegangan di kalangan rakyat.

"Bercakap mengenai keluar dari Malaysia adalah hasutan dan boleh menggugat keamanan. Kita harap rakyat boleh tampil dengan memberikan maklumat kepada pihak polis," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana