PasMa Mungkin Ganti PAS Dalam PR

Sudah ada khabar angin yang mendakwa PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) berkemungkinan akan mengganti PAS untuk menjadi kompenan ketiga dalam Pakatan Rakyat, lapor Mstar

“PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.

“Dan mereka mungkin berusaha mengubah haluan PasMa yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan, bulan lalu ke dalam parti politik,” lapor portal itu.

Menurut Mstar senarai nama pemegang jawatan PasMa yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS sudah tersebar melalui media sosial.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang dihubungi portal itu berkata, PasMa ditubuhkan oleh sekumpulan invidivu yang terlibat dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS sejak dari tahun 1990.

Dr Zuhdi, yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, berkata kumpulan tersebut cuba untuk menentukan siapa yang patut memegang portfolio penting dalam parti, termasuk kedudukan ketua-ketua sayap dan jawatan tertinggi dalam parti.

“Tetapi kali ini, kita melihat satu langkah terdesak untuk mencabar Presiden PAS.

“Sekiranya mereka gagal untuk memaksa perubahan, saya tidak terkejut jika PasMa ditransformasikan sebagai sebuah parti politik,” katanya.

Menurut sumber Utusan Malaysia, PasMa sudah berdaftar di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Ogos lalu, sebagai tindak balas terhadap penentangan Presiden PAS berhubung cadangan Anwar untuk melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Memetik pendapat pengendali blog MalaysiaToday.net, Raja Petra Kamaruddin, beliau meramalkan PasMa akan berdaftar sebagai parti selepas ini sebagaimana tertubuhnya Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) pada 1977 berikutan krisis politik PAS Kelantan.

Katanya, semua bibit perpecahan dalaman PAS yang ibarat retak menanti belah ada kaitan dengan Anwar kerana Ketua Pembangkang itu berjaya ‘meletakkan’ penyokongnya dalam PAS sehingga dapat menghakis penguasaan kumpulan ulama.

“Apakah pencapaian terhebat Anwar dan bagaimana beliau akan dikenang? Anwar akan dikenang sebagai tokoh yang berjaya bukan sahaja memecah dan melemahkan parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO pada 1999 tetapi juga berjaya memecah dan melemahkan parti Islam terbesar iaitu PAS.

“Hingga akhirnya, PKR yang dikuasai Anwar akan menjadi sebuah parti campuran pelbagai bangsa terkuat di negara ini sehingga soal bangsa, agama dan institusi diraja yang selama ini menjadi tunjang kepada kehidupan politik di Malaysia tidak akan wujud lagi,” dakwanya.

SUMBER DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana