PAS tersepit...terimalah 'buli' sebagai adat bersahabat dalam Pakatan Rakyat

Nik Abduh anak kepada Datuk Nik Aziz sepatutnya tidak perlu nak kaitkan nama UMNO dalam meluahkan rasa geram menerusi facebooknya terhadap DAP dan PKR yang dakwanya sedang buli PAS.

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu tentu cukup maklum UMNO memang musuh politik PAS.Sebaliknya DAP dan PKR adalah rakan sepusat sepusing parti itu.


"Masih dalam Pakatan pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong Pakatan Rakyat agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba saja.


Melawan pun macam tak melawan mana," katanya merujuk kepada sikap PAS yang dibuli DAP dan PKR.


Jadi cubaannya untuk menyamakan UMNO konon seperti DAP besar kepala bila berkuasa dan suka membuli tidak ada apa-apa makna.


Mengambil tajuk sebuah filem lakonan Harrison Ford..'clear and present danger' terhadap PAS sekarang ialah DAP dan PKR.


Riak terkini nampak jelas kedua-dua parti rakannya itu sudah tidak ambil pot terhadap PAS.


Lantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor mungkin telah menamatkan episod teka teki siapa yang nasib baik dapat jawatan itu dalam pelbagai cacamarba yang meletop gara-gara 'Langkah Kajang'.


Namun episod selanjutnya tidak kurang menarik.Ramai yang tertanya-tanya bagaimana PAS hendak melepaskan dari senario cukup kronik yang kini sedang menghimpitnya


Kalau dibaca dari segenap sudut PAS kini terpaksa menahan luka sepak terajang politik dari langkah yang dicipta oleh PKR untuk menyingkir Tan Sri Khalid Ibrahim.


Imej dan saham PAS sudah merudum teruk.


Asalnya ramai yang menduga PAS akan muncul sebagai wira dalam drama 'Langkah Kajang' menerusi 'Langkah Hadi' yang berjaya mengagalkan usaha PKR hendak mendesak Datuk Seri Wan Azizah Ismail dilantik Menteri Besar.


Keadaannya kini agak terbalik kot bila DAP dan PKR tunjuk belang seolah hendak mengambarkan kepada dunia bahawa PAS yang ' bergantung undi' padanya.


Lepas satu...satu 'bala' menimpa PAS.Parti itu tewas teruk dalam pilihanraya kecil di Pengkalan Kubor.Semua orang tahu DAP dan PKR lepas tangan tak ambil peduli kerana merajuk dengan pendirian parti itu dalam isu Menteri Besar Selangor.


Kemudianya Azmin yang asalnya diperjuangkan oleh PAS untuk jadi Menteri Besar Selangor langsung tidak pandang sebelah mata pada jasanya.


Siapa sangka madu dibalas racun dari empat jawatan Exco Kerajaan negeri Selangor yang PAS pegang selama ini Menteri Besar itu sudah potong tinggal tiga.


Anihnya,PAS macam orang tidak bertenaga untuk menentangnya.Suara PAS Selangor yang mempertikaikan dakwaan Azmin bahawa PAS Pusat setuju dengan pengurangan itu tenggelam begitu sahaja.


Belum reda bab itu,di Pulau Pinang kerajaan DAP juga nak tunjuk siapa big boss.Jawabnya Bendahari PAS negeri itu Iszuree Ibrahim dapat padah kerana menegur dasar kerajaan negeri itu di Muktamar PAS.


Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang mewakili PAS itu telah dikeluarkan dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP dan semua peruntukan beliau dibekukan.


Kecuali Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Tantawi yang memekak mempertikaikan tindakan kerajaan DAP itu,PAS secara keseluruhan juga sperti orang tidak berdaya nak menentang Lim Guan Eng.


Dicelah-celah kehangatan isu itu, terbaru timbul pula kisah satu majlis DAP di Petaling Jaya Sabtu malam dimana dua wakil rakyat PAS Selangor Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang membelot sokong pencalonan Wan Azizah telah diberi sambutan bagai hero.


Dalam bahasa mudah ia ibarat menampar muka PAS di khalayak ramai.


Ingat lagi bagaimana marahnya Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang terhadap insiden dua Ahli Dewan Undangan Negeri itu ' dicuri' hingga keluar kata-kata barua dan broker dari mulutnya di penutup Muktamar PAS.


Ada DAP kisah?


Makanya di majlis itu DAP menjulang Saari dan Hasnul sebagai hero.


Sebenarnya tiada kata-kata yang sesuai dapat disusun untuk mengambarkan bagaimana DAP telah memperlekehkan habis PAS dengan cara itu.


Melihat pada rentetan episod yang menghimpit ini tentu semua orang bertanya apa yang PAS boleh dan mampu buat.


Kalau ikut pendirian rasmi Hadi di Muktamar PAS parti itu akan terus berenang dengan Pakatan Rakyat.Terbaru Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kata PAS tidak akan bercerai dengan Pakatan Rakyat.


Tanya puak Anwarinas PAS juga jawabnya pasti tidak sekali-kali.


Jadi mahu tidak mahu ..PAS akan terus terpaksa melutut pada DAP dan PKR.


Sebabnya PAS tahu begitu juga DAP dan PKR tahu parti itu realiti politik bahawa PAS terus menerus terpaksa bergantung harap kepada DAP dan PKR.


Ini kerana the bottom line ialah undi.Masalahnya ia berkisar kepada undi bukan Melayu khususnya orang Cina.


Tanpa 'restu' dari DAP khususnya PAS jangan nak mimpi akan dapat berkongsi undi itu.


Contohnya mudah,tanpa sokongan pengundi Cina 9 dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor yang dimenangi PAS besar kemungkinan bungkus.


Ini baru Selangor.Tolak sebelah Kelantan...bagaimana dengan negeri-negeri lain?


Maka Nik Abduh,Nasrudin Tantawi dan lain-lain pimpinan PAS termasuk Hadi terpaksalah adjust diri belajar menelan dan terima kena 'buli' sebahagian dari adat bersahabat dalam Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana