Panasss!!!! Penganalisis Politik : PR Mahu Wujud Negara Tanpa Raja

SHAH ALAM 18 Sept - Tindakan PKR dan DAP yang membelakangi titah Sultan Selangor dengan menghantar satu nama sebagai calon Menteri Besar Selangor dilihat cenderung ke arah mewujudkan negara tanpa raja.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) itu sedikit sebanyak telah menghakiskan peranan institusi raja yang sebelum ini amat jarang berhadapan dengan konflik perlantikan jawatan tettinggi di negeri tersebut.

"Saya melihat kecenderungan untuk memperlekehkan dan pada masa yang sama juga seolah-olah cuba mewujudkan negara tanpa Raja dan hanya presiden. Malah kecenderungan itu telah ada.

"Maknanya tindakan ini lebih kepada mencabar kewibawaan dan kewujudan sultan dan kuasa sultan itu sendiri, " katanya selepas enghadiri 'Forum Meja Bulat Kemelut Selangor Angkara Siapa?' di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, PR didesak menarik semula hasrat itu jika benar ianya berlaku dan kembali mentaati titah Sultan Selangor.

"Perkara ini perlu disanggah, maknannya kecenderungan itu jelas dapat dilihat dalam usaha mereka masih lagi berdegil tidak mahu meletakan lebih dua nama yang diminta.

"Jika mereka nak kerja sama dengan sultan mereka kena akur dengan apa yang diminta oleh pihak yang menentukan keputusan," katanya.

Setakat ini, PKR dan DAP masih tidak menghantar lebih dari satu nama kepada pihak istana dan bertegas akan mempertahankan pencalonan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hanya PAS sahaja yang bertindak sendirian dengan menghantar tiga nama calon yang antara lainnya didakwa merupakan dari kalangan pimpinan parti itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana