OTAI....Jika semua PAS kena setuju dengar PKR...tutup PAS masuk PKR - Subky Latif

Minggu ini, sudah dua kali, propagandis PAS, Subky Latif menulis dari hatinya mengenai kemelut dalam pakatan pembangkang.
Kali pertama beliau mengulas mengenai kenyataan 'penyapu baru' PAS Tan Sri Muhammad Mohd Taib kononnya jika buat pilihanraya negeri PAS akan kalah teruk.

Pada Jumaat, melalui kolum di Harakah, Subky membidas lagi, kali ini mengenai desakan supaya PAS mengikut keputusan PKR dalam isu MB Selangor.

Dalam tulisan bertajuk 'Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju' itu Subky kata dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

"Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR," katanya.

Menurut pengasas lidah rasmi PAS, Harakah itu, jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat UMNO.

"Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR.

"Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR,"jelas beliau menggunakan logik mudah kenapa PAS boleh berbeza pandangan dengan PKR dan DAP.

Jelasnya, apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar kerana sebab yang berbeza.

"Apabila PKR, DAP setuju memberi satu nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih dua nama seperti yang dikehendaki istana.

"Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri." katanya mempertahankan pendirian PAS bahawa urusan untuk menamakan calon MB adalah hak parti itu dan tidak terikat dengan keputusan PKR juga DAP.

"Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini,"katanya.

Menggunakan pepatah sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, kata Subky, kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah.

"Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.

"Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira.

"Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu,"tegas beliau.-5/9/2014

Subky merupakan bekas pengarang Utusan Malaysia dan rapat dengan Perdana Menteri kedua Tun Razak sebelum menyertai PAS.

Beliau pernah menjadi calon PAS bertanding melawan Presiden MIC Tan Sri V. Manikavasagam di Klang pada tahun 1979 dan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad di Kubang Pasu pada tahun 1999.

Menjadi AJK PAS Pusat selama 23 tahun iaitu dari Pusat 1982 hingga 2005.

Kini merupakan kolumnis tetap Harakah sejak diasaskan beliau pada tahun 1987.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana