ORANG ANWAR DALAM PAS MULA 'BELASAH' HADI AWANG

Seorang peguam pro-Pakatan, Zulhasmi Shariff  hari ini mahukan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang
dikenakan tindakan disiplin kerana enggan menamakan Presiden PKR,
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Zulhasmi yang juga merupakan ahli PAS seumur hidup itu telah mengemukakan aduan
kepada Jawatankuasa Disiplin dengan mendakwa bahawa Hadi Awang telah melanggar
Majlis Syura PAS kerana bertindak membuat keputusan secara bersendirian tanpa mengadakan
perbincangan dengan majlis tersebut.

Akhirnya, sudah ada suara dari Ahli PAS yang mahu Presiden PAS serta yang terlibat
bersama Presiden PKR dalam Krisis Menteri Besar (MB) Selangor. Apakah mereka itu adalah
proksi Anwar (Anwarinas) didalam Parti Islam tersebut?

Seperti yang diketahui, keputusan Hadi yang enggan menamakan Presiden PKR itu telah
membantutkan hasrat Anwar untuk menjadikan isterinya sebagai 'Orang Nombor Satu'
dalam kabinet Negeri Selangor.

Ternyata kini Hadi dihentam teruk oleh pelbagai pihak didalam PAS. Terbukti kini giliran 'Anwarinas'
untuk memberikan tekanan terhadap Hadi setelah kegagalan Anwar membuat demikian.

Modus operandi ini adalah bertujuan untuk Hadi tunduk dan semata-mata untuk merealisasikan hasrat Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana