Nampak sangat Pas kena bodoh oleh DAP dan PKR.

SHAH ALAM, 28 Sept – PAS kini menjadi mangsa buli rakan kompenannya, DAP dan PKR, dakwa Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz.

imageSejak awal penubuhan PAS, parti itu seringkali dibuli musuh politiknya, malah kini menjadi sasaran rakan sekutunya sendiri, ujar Nik Abduh lagi.

“Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

“PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.

“Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli,” katanya menerusi kenyataan medianya.

DAP dan PKR kini secara terbuka mengritik PAS dan tanpa berlapik memberitahu parti itu sepatutnya dihukum kerana enggan bersama menyokong keputusan-keputusan yang dicapai dalam isu jawatan menteri besar Selangor.

PAS sebelum ini menolak calon PKR dan DAP, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hujahnya, Azizah tidak layak menggalas tanggungjawab itu dan mahukan individu lain yang lebih berkaliber serta berkebolehan menjawat jawatan itu.

Pegangan PAS itu mengundang kritikan keras rakan kompenannya dan dipersalahkan atas kemelut itu.

Walhal umum mengetahui kemelut itu dicetuskan PKR yang tanpa berunding dengan PAS dan DAP untuk menggerakkan misi ‘Langkah Kajang’.

PAS terus dihukum apabila Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali mengumumkan PAS hilang satu kerusi Exco dan dua Exconya digugurkan.

Terdahulu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mendesak Azmin supaya mengurangkan kerusi Exco PAS sebagai hukuman kerana tidak bersama PKR dan DAP menyokong Azizah sebagai calon pengganti Khalid.

Nik Abduh walaubagaimanapun berkata, walaupun menjadi mangsa buli rakan sendiri namun PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya.

“PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi,” katanya.

“PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri (sokongan dua ADUN PAS) sambil membuli.

“Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan,” katanya,” katanya seolah-olah menyelar tindakan PKR yang dilihat menggunakan dua ADUN PAS (Hasnol Baharuddin dan Shaari Sungib) untuk memberikan sokongan kepada Azizah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana