Muktamar Pemuda PAS kecoh, pengerusi tetap dikejar ke hospital

KOTA TINGGI: Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan pimpinan tahun lalu tidak sah.

Bantahan tersebut dinyatakan apabila lima kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian tahun lalu.

Antara kawasan yang dikatakan tidak diiktiraf adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

Kekecohan itu timbul ketika sesi pembentangan laporan tahunan dan kewangan Muktamar PAS ke-54 yang diadakan di Dewan Siviks Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Perwakilan Pemuda PAS Shah Alam yang membangkitkan perkara berkenaan dan menyatakan kebimbangan jika PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana laporan yang tidak lengkap.

Kebimbangan perwakilan Pemuda PAS Shah Alam itu mendapat sokongan dari perwakilan Sabak Bernam.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan pemuda PAS Sabak Bernam.

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.

"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan.

"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.

"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula.

"Saya juga sayangkan parti ini dan tidak mahu diharamkan," katanya dalam keadaan sebak.

Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Malaysia,  Suhaizan Kaiat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana